Saturday, 7 April 2012

We are the best ! :D



MENJANA KREATIF @ INOVATIF PRODUK
-MAKANAN DAN MINUMAN BERKHASIAT-

BERAS PERANG OAT BERKISMIS
&
SOYA KURMA BERKISMIS


TARIKH : 9 april 2012 / 10 april 2012.
MASA : 8.00 AM- 5.00 PM
TEMPAT : DEWAN BESAR POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SBAK BERNAM.

SEMUA DI JEMPUT HADIR :)





Khasiat Beras Perang

Tahukah anda bahawa beras perang cukup tinggi khasiatnya? Menurut pakar pemakanan dari California, Dr.Victor Lombart, Beras perang baik untuk individu yang mengamalkan diet kalori rendah. Malah ia paling disyorkan untuk kanak-kanak yang membesar dan juga warga emas. Bukan itu sahaja, malah beras ini juga dikatakan mempunyai daya tahanan yang tinggi mencegah beberapa jenis penyakit seperti buah pinggang, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Terdapat beberapa khasiat penting beras perang yang menjadikannya istimewa iaitu kaya dengan nutrien vitamin B1, B2, B6, zat besi, magnesium, fosfat dan serat. Malah ia juga mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.

Kismis Rendahkan Kolesterol


Kismis sememangnya disyorkan untuk diet harian kerana sifat sebatiannya yang mampu menurunkan kolestrol tubuh. Tahukah anda bahawa dengan 400 kalori kismis setiap hari mampu menurunkan kadar kolesterol tubuh sebanyak 8 peratus ? Bukan hanya kolesterol, malah serat yang terkandung di dalamnya membantu proses pencernaan yang baik.

Kurma Pulih Tenaga


Buah kurma cukup berbeza dengan jenis buah-buahan lain yang mengandungi sukrosa. sukrosa ini pula seterusnya terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa yang kemudiannya di serap sebagai tenaga. Kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi dan tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta merta. Bukan itu sahaja, malah khasiat protein, serat serta Vitamin A dan Vitamin C serta galian lain seperti besi, kalsium, sodium dan potasium menguatkan lagi fungsinya.

Friday, 30 March 2012

Beras Perang bijirin pelangsing




KHASIAT beras perang terletak pada lapisan dedak luarnya dan embrio.
BUKAN hanya warna membezakan beras ini dengan beras biasa. Walaupun beras yang berwarna coklat pudar ini jarang dimakan dalam diet masyarakat Malaysia, tetapi hakikatnya khasiat beras perang jauh mengatasi beras putih yang sudah menjadi menu ruji harian kebanyakan kita.
Adakah kerana warnanya, beras perang diklasifikasikan sebagai salah satu beras paling sihat? Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang.
Menurut jurucakap syarikat beras Serba Wangi, P. Kamalanathan, beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih.
“Beras yang dituai, dikupas kulitnya dan diselaputi lapisan dedak yang kaya dengan zat bermanfaat.
“Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.
“Sedangkan untuk menghasilkan beras perang, lapisan ini dijaga dengan teliti. Malah ia melalui sistem teknologi khas untuk mengelakkan pengeringan padi memusnahkan khasiat penting yang terkandung dalam lapisan dedak dan embrio padi, katanya.
Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang? 
Jelas pakar pemakanan dari Califonia, Dr. Victor Lombart, beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.
Terdapat beberapa khasiat penting beras perang yang menjadikannya istimewa iaitu kaya dengan nutrien vitamin B1, B2, B6, zat besi, magnesium, fosfat dan serat. Malah ia juga mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.
Justeru itu kata Lombart, beras perang sebenarnya wajar diambil oleh golongan remaja, dewasa mahupun warga emas. Ini kerana khasiat yang terkandung dalam beras perang menjaga kesihatan otak dan saraf selain mengurang risiko sakit jantung.
“Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.
“Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.
“Kajian ke atas 74,000 wanita mendapati 49 peratus wanita yang mengambil beras perang tidak menghadapi masalah obesiti,” katanya.
Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.

Beras Putih VS Beras Perang


Ramai yang beranggapan ‘beras perang atau beras putih, dua dua sama je. Yang penting, kenyang!’. Sebenarnya ada dua jenis beras iaitu:

  •   Beras gandum/perang
  •  Beras putih

Beras Putih
Kulit luarnya telah dibuang dan menyebabkan nilai gizi berkurangan. Jadi kekurangan beras putih ialah nutrisi pada beras putih termasuk fiber dan selulosa telah hilang kerana kulit lapisan luar yang telah dibuang.
Beras Perang
Beras perang ialah beras yang tidak dibuang kulit arinya. Kandungan minyak pada lapisan kulit dalam padi tersebut dapat membantu menurunkan kolesterol LDL. Beras perang mempunyai rasa seperti kacang dan lebih kenyal daripada beras putih. Beras perang mempunyai kualiti sebagai ubat. Antara kelebihan perubatan yang ada pada beras perang ialah:


  •   Mempunyai selenium dan fiber yang bertindak sebagai anti-kanser.
  •  Mengurangkan kolestrol dalam badan.
  •   Sesuai dimakan oleh orang yang ingin mengurangkan berat badan.
  • Satu cawan beras perang memberikan anda 88 peratus magnesium yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.
  •  Mengurangi kesan penyakit kencing manis jenis ke-2.
Jadi, beras perang lebih berkhasiat kalau nak dibandingkan dengan beras putih yang kita selalu makan tu. Untuk yang berkemampuan dan mementingkan kesihatan bolehlah beralih kepada beras perang. Beras putih, bukan lah tak berkhasiat, tapi khasiatnya kurang berbanding beras perang.

Thursday, 29 March 2012

Kepentingan Makanan Seimbang Dalam Kehidupan, dengan hidup Bahagia.


Makanan Seimbang Dalam Kehidupan | Doktor menyuruh kitamengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas. Tidak semua orang mampu mengikut jadual seperti yang terdapat dalam piramid di bawah ini. Mana tidaknya, setiap minggu ada sahaja jemputan untuk majlis perkahwinan, open house dan sebagainya.


Dapatkan kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan?
Kita cuba analisa pola pemakanan saya semasa hari berkerja untuk tengok sama ada saya dapat memenuhi keperluan makanan seimbang tersebut:
Sarapan: Nasi/bihun goreng + telor goreng/ayam goreng atau nasi lemak dengan telor goreng/kerang/paru-paru goreng/sotong/sambal ikan bilis.
Makan tengahari: Nasi dengan satu jenis sayur + 1 ekor ikan/1 ketul ayam/1 senduk daging. Buah? Selalunya tidak dijual dikantin, kalau nasib dapatlah tembikai, betik, nenas atau tembikai susu. Kalau ada, ambillah sepotong.
Makan malam di rumah, tiada banyak bezanya. Nasi bersama satu/dua jenis lauk dan satu jenis sayur. Kadang-kadang tak da sayur.
Nampaknya pola pemakanan harian saya tidak memenuhi keperluan pemakanan seimbang. Saudara/ri camner?
Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan (rujuk grafik piramid makanan di atas), kita perlu makan 4-8 hidangan bijirin seperti nasi, gandum, jagung. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-kurangnya setengah dari bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh; kalau nasi – beras coklat, kalau roti – dari gandum penuh. Nasihat KKM, bila masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat 50-50. Kalau tak nak, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari roti/makanan yang diperbuat dari gandum penuh.
Kita juga kena ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau 2 hidangan buah-buahan. Makanan ini dikaitkan dengan pengurangan risiko mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kanser. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil daging, makanan laut dan ikan secara sederhana. kita dinasihatkan supaya lebih memakan ikan. Hasil tenusu – 1 hingga 3 hidangan sehari.
Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan. Tapi kalau dah makan kat luar (kat warung atau restoranlah), banyak mana mereka taruh manalah kita tau. Yang pasti, bukan sedikitlah.

Diet Rasulullah SAW..Diet kita macammana?


SAHABAT SEKALIAN.. NAK MAKAN PUN ADA CARA.. 

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,
= SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Sedar tak sebenarnya kita tak boleh main TIBAI je makanan yang kita makan sehari hari. Ada petuanya Ada formulanya.. Rasulullah SAW dah bagi peringatan pada kita Tapi seperti kita JAHIL dan HINA..

Kesan ini BENAR tapi bukan secara terusa terusam tapi kesannya pabila kita berumur nanti.. Tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Apa kata kita ikut diet ini SAHABAT SEKALIAN

tak payahlah susah makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau SAHABAT SEKALIAN ikut diet Rasullullah ini, GERENTI? Kuasa Allah kita berusahakan.

Saturday, 17 March 2012

Panduan pemakanan sihat

Saya rasa ramai kita bermasalah dalam menentukan diet seharian berikutan di Malaysia sendiri sukar mendapatkan makanan yang sihat. Saya pernah terbaca dalam forum, yang bercerita tentang diet, kononnya tak makan nasi, bila tanya makan apa, pagi maggi goreng, tengahari biskut 2 keping, malam buah. Macam itu ke diet? Diet yang baik merupakan kunci yang akan menentukan seberapa berjaya anda dalam program membentuk badan. 
PIRAMID MAKANAN 2012 (terbaru)

Definisi Diet
Bila sebut pasal diet, banyak yang membayangkan diet adalah kelaparan. Namun itu bukanlah definisi yang benar tentang diet. Diet merujuk kepada makanan harian kita. Jika setiap hari kita makan roti canai, itu lah diet kita. Bagaimana merancang diet yang baik, samada untuk menguruskan badan, membesarkan otot atau untuk atlet?
Kadar Metabolisme
Pertama, sebelum merancang diet yang baik, kita perlu tahu bagaimana mengira keperluan kalori asas. Cara pengiraan menggunakan formula Harris-Benedict:
RMR untuk lelaki= 13.7516w + 5.0033s – 6.775a + 66.473
RMR untuk perempuan = 9.5634w + 1.8496s – 4.6756a + 655.0955
w = berat dalam kilogram
s = tinggi dalam centimeter
a = umur
Contoh jika seorang lelaki berumur 20 tahun dengan berat 90kg dan tinggi 170cm:
13.7516 x 90 + 5.0033 x 170 – 6.775 x 20 + 66.473 = 2019
Kadar metabolisme asasnya ada 2019 kalori. Anggarkan senaman harian memerlukan 1000 kalori. Maka dia memerlukan 3019 kalori untuk sehari.
Kalori
Cara kira mendasarkan kalori untuk buang lemak bagi seseorang yang perlukan 3019 kalori sehari. Boleh kurangkan 10 peratus daripadanya.
3019 / 100 x 90 = 2717
Ambil diet 40:40:20, karbohidrat 40: protein 40: lemak 20. Maka:
40/100 x 2717 = 1086
20/100 x 2717 = 543
Badan dia memerlukan 1086 kalori daripada karbohirat, 1086 kalori daripada protein dan 543 kalori daripada lemak. Seperti yang diketahui bahawa 1 g karbohidrat menghasilkan 4 kalori, begitu juga protein. Manakala 1g lemak penghasilkan 9 kalori. Maka:
1086 / 4 = 271
543 / 9 = 60
Badan dia memerlukan 271 g karbohidrat, 271 protein dan 60 g lemak. Saya lebih galakkan kiraan guna gram daripada kalori, jika berdasarkan kalori, maka ada yang diet makan nasi lemak. Sasarkan makanan yang baik, bukan daripada lemak tepu. Kiraan berdasarkan kalori ini tidak mengambil kira komposisi badan. Seseorang yang memiliki jumlah otot yang tinggi akan mempunyai RMR yang tinggi dibandingkan dengan kiraan biasa, tetapi kiraan ini boleh diambil sebagai rujukan.
Contoh Diet
(bukan untuk contoh di atas, pemilihan makanan diubah mengkut berat)
Menu 1 (7 Pagi)
1 Cawan oat
4 biji telur putih
Menu 2 (9 Pagi)
1 Whey protein dengan 25g protein dicampur dengan oat
1 sudu teh minyak zaitun
Menu 3 (12 Tengahari)
1 cawan beras basmathi atau kentang bakar
2 cawan brokoli
1 dada ayam bakar
Menu 4 (3 Petang)
1 Whey protein dengan 25g protein dicampur dengan oat
1 sudu teh minyak zaitun
Menu 5 (6 Petang)
1 cawan beras basmathi atau kentang bakar
2 cawan brokoli
2 ikan bakar
Menu 6
1 Whey protein dengan 25g protein dicampur dengan oat
1 sudu teh minyak zaitun

Pemilihan Makanan di Malaysia
Antara makanan yang boleh didapati di Malaysia.




Masalah Obesiti, siapa yang harus dipersalah?


1. Situasi di Malaysia. Terlalu banyak kedai makan, restoren mamak dibuka 24 jam. Jika pemilihan makanan di restoren mamak baik, tidak mengapa, tetapi yang jadi isu, apa yang jadi sasaran? ‘Roti canai banjir 1!’, ‘Teh tarik kaw 1′ dan sebagainya. Kedai makan 24 jam mungkin berguna untuk mereka yang kerja mengikut syif tetapi mereka yang kerja syif siang pun akan melepak di kedai mamak sehingga ke pagi, lebih-lebih lagi jika ada siaran langsung bola sepak melibatkan pasukan ternama seperti Manchester United, Liverpool dan sebagainya. Silap-silap 10 cawan teh tarik.
2. Gaya hidup rakyat Malaysia. Jika dibanding zaman dahulu, orang kita banyak bergerak. Sama ada berjalan, naik basikal, buat kerja-kerja berat dan sebagainya, tetapi kini, kalau masuk pusat membeli belah, akan pusing 50 kali untuk dapatkan tempat letak kereta berdekatan dengan lif, sedangkan ada tempat letak kereta yang perlukan berjalan sekitar 3 minit. Kerja pula, jika susah sikit, menolak. Nak kerja dalam penyaman udara. Kerja duduk besarkan punggung.
3. Bila cerita pasal bersenam, sanggup tutup telinga. ‘Gila apa bersenam, panas-panas ini, tak elok untuk kulit’. Bersenam mungkin merupakan perkara terakhir yang terlintas atau mungkin tak pernah terlintas, ‘mintak simpang’ katanya. Tetapi apabila bercerita, ada produk, minum terus kurus, tengah tidur pun boleh bangun minta, ‘eh, aku pun nak’. Kemudian turun ke bawah pejabat, ada pula orang promote slimming centre, ‘harga pengenalan rm1′, tersenyum dia, ‘lepas ini aku kurus’, padahal belum kurus pun.
4. Pemakanan. Bab pemakanan tak perlu cerita lagi. Cuba tengok kedai makanan segera seperti mcd, kfc, ramai tak? Cuba tengok di pasaraya, makanan bagaimana yang banyak? Banyak ke tak bergantung pada permintaan. Sekarang lebih mudah, ada pula minuman 3 in 1. Siap bawa ke pejabat. Senang katanya.
5. Sentiasa ada alasan. Orang Malaysia sentiasa ada alasan. Bila disuruh bersenam, ‘aduh, aku takde masa lah, sibuk dengan kerjaya’. Padahal kerja tak kemana pun. Dalam masa mereka yang segelintir ini bersenam, mereka melepak di kedai mamak, konon bincang project 23 juta, mereka keluar tengok wayang, sokong industri filem, mereka keluar dating, membina keluarga bahagia, dan sebagainya.
Selepas keluar isu ini, saya yakin, terlalu ramai akan memanupulasi keratan akhbar Kromo! dan Star, lebih-lebih lagi peniaga produk MLM, slimming centre dan sebagainya untuk melakukan produk mereka. Syabas Malaysia! Berbangga kah anda menjadi rakyat Malaysia?


MALAYSIA TEMPAT PERTAMA RAKYATNYA OBESITI


RAMAI rakyat Malaysia mengalami obesiti dan bilangan mereka adalah paling ramai di Asia Tenggara. – Gambar hiasan.


Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik!

Ranking teratas di Asia Tenggara. Adakah disebabkan pengambilan gula yang berlebihan menjadi punca utama ataupun sajian fast food yang pelbagai dengan harga yang rendah menjadikan rakyat Malaysia rakus mengenai hal pemakanan.

Kesibukan kerja mungkin menjadi salah satu penyebab di mana corak rutin makanan tidak lagi teratur dan fast food menjadi pilihan kerana mudah, cepat dan murah serta dibuka 24 jam. Jika malas hendak ke restoran fast food anda cuma perlu call untuk delivery. Cukup mudah untuk ke arah obesiti.

Senaman di hujung minggu? Mungkin khayalan sahaja lebih baik bermimpi di hujung minggu setelah kepenatan bekerja lima hari seminggu. 

Apakah satu hari nanti teh tarik akan diharamkan ataupun dihadkan pengambilannya?

Amalan pemakanan, jenis pemakanan, senaman perlu dititikberatkan? Adakah kita akan melahirkan lebih ramai anak-anak yang obesiti? 

Permulaan.

Badan yang sihat dengan Kegembiraan dalam hidup yang sempurna. :)