Ramai yang beranggapan ‘beras perang atau beras putih, dua dua sama
je. Yang penting, kenyang!’.
Sebenarnya ada dua jenis beras iaitu:
- Beras gandum/perang
- Beras putih
Beras Putih
Kulit luarnya telah dibuang dan menyebabkan nilai
gizi berkurangan. Jadi kekurangan beras putih ialah nutrisi pada beras putih
termasuk fiber dan selulosa telah hilang kerana kulit lapisan luar yang
telah dibuang.
Beras Perang
Beras perang ialah beras yang tidak dibuang
kulit arinya. Kandungan minyak pada lapisan kulit dalam padi tersebut dapat
membantu menurunkan kolesterol LDL. Beras perang mempunyai rasa seperti kacang
dan lebih kenyal daripada beras putih. Beras perang mempunyai kualiti sebagai
ubat. Antara kelebihan perubatan yang ada pada beras perang ialah:
- Mempunyai selenium dan fiber yang bertindak sebagai anti-kanser.
- Mengurangkan kolestrol dalam badan.
- Sesuai dimakan oleh orang yang ingin mengurangkan berat badan.
- Satu cawan beras perang memberikan anda 88 peratus magnesium yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.
- Mengurangi kesan penyakit kencing manis jenis ke-2.
Jadi, beras perang lebih berkhasiat kalau nak
dibandingkan dengan beras putih yang kita selalu makan tu. Untuk yang
berkemampuan dan mementingkan kesihatan bolehlah beralih kepada beras perang.
Beras putih, bukan lah tak berkhasiat, tapi khasiatnya kurang berbanding beras
perang.
No comments:
Post a Comment